sedetik lebih bersama lelaki itu

Pada hari Sabtu nan lalu, I went to watch Anuar Zain’s first ever concert at Stadium Malawati, Shah Alam. Tak terpikir pun nak pegi sebenarnya, sebab dah sedia maklum tix Anuar Zain selalunya sangat laa mahal. Dinner show biasa2 pun boleh sampai empat lima ratus. So boleh agak laa dia punya concert tix rega cemana. Dok seat economy class karang nampak Abang Nuar beso batang mancis. Dok business class karang harganya boleh lepas return ticket ke Bali full fare. Kalau staff fare toksah cakap lah, ke Paris pun sampai.

Nak dijadikan cerita sepupuku Farah tiba2 wassup bagitau dia dan rakan2 seopis dah beli tiket beramai2. But one of them tiba2 back out. They bought bronze seats at early bird prize of RM 260. Kalau full price khabarnya RM 320 or sumthing. Ada kawan dia beli gold seat harga RM 750. Homaigod. Boleh beli handbag Coach satu. Tak cukup mahal? Beli platinum seat. Bulu idung Abang Nuar pun boleh nampak.

Before heading to the stadium we dropped by Kak Faez’s house, only a few minutes drive away. Haven’t met her since our trip to Europe last spring. Sempat makan nasi serai yang sedap. Then solat, touched up and off to see Abang Nuar. Hujan lebat tetiba so the traffic was slow. Polis trafik yang bijak laksana pulak pegi tutup jalan yang direct masuk ke parking dekat Stadium Malawati. So we had to take a long route to get there.

Sampai kat depan stadium, the queue to go in was super long. Finally dapat masuk. Seat kitorang rupanya dekat atas on the 2nd tier. Ngeri juga nak panjat tangga konkrit yg narrow dan takde railing pulak tu in my 7-inch platform heels. Elok je seminit kitorang duduk, Adibah Noor announced konsert akan bermula 5 minit lagi. Woohoo!

Wajah2 ceria nak berjumpa Abang Nuar.

Farah dan Kak Minie tersenyum riang.

Bukti pembelian. RM 0.00 coz  we were given new tix when they changed the venue from Stadium Putra to Stadium Malawati.

The stage, waiting for the main man to show up.

I think that was Burn AF1 tgh buat coverage for some tv program.

The audience was almost full house. Seriously. Sangat sikit seat kosong, maka tak boleh nak curi2 pegi depan ke apa. In fact the bronze section yg kitorang duduk adalah penuh. Yg depan2 like silver, gold, platinum and VIP lagilah penuh. Ada some kekosongan dekat sponsor’s seats I think. Wakil2 sponsor tu tak berminat tengok Anuar Zain kot. Diorang mesti dapat tix free kan. Duduk depan pulak tu. Might as well give em to me.

Harga RM 260 duduk jauh begini. Agak2 yang betul2 depan stage tu harga berapa?

Verdict? Suara Abang Nuar, as always, 5 bintang. Ada kadang2 bunyi macam rusty, maybe dah banyak sangat tarik time prektis kot. Sound system 2 bintang. Teruk. Bergema-gema sampai tenggelam suara Abang Nuar. I guess Stadium Malawati is not a good venue for concert. Kalau buat kat Istana Budaya mesti jauh lebih baik. Lighting I bagi 5 bintang. Superb. Permainan lampu yang sangat cantik. Tengok live cantik, tengok kat screen pun cantik. I’ve been to shows yang lightingnya cuma ok dalam tv, tengok live hampeh.

Stage dia bentuk huruf T, ada runway kat tengah. I think kalau bikin runway tu lagi panjang lagi bagus, rasa lagi dekat Anuar dengan peminat. Lagipun after every song he would throw red roses to the fans. Macam cerita The Bachelor pulak. Kalau runway tu panjang, merasa laa peminat yang duduk belakang sikit tu dapat bunga. Kitorang kat 2nd tier ni mungkin tidak laa kot. Unless si Nuar tu dulu juara rejam lembing peringkat olimpik, which I highly doubt so.

The best part to me was when Mac Chew played the piano and Anuar sang “Mungkin”. Sangat jelas betapa merdunya suara manusia bernama Anuar Zain. Oh, in between songs diorang ada tayang short clips. Ada ucapan dari musicians, kawan2 Anuar and some adoring fans. One of the clips was by this little girl yang nyanyi lagu “Sesucinya Cintamu” many years ago. Very popular on Youtube dedulu. Masa tu umur dia 2 tahun 8 bulan. Sekarang dah darjah berapa kot. So cute.

My friend commented that Anuar was narcissistic giler - screen semua penuh gambar dia, clips semua puji dia, dia tengah nyanyi atas pentas tapi backdrop kat belakang tetap muka dia. Sampai I kadang2 konfius nak focus yang mana satu. Kat orang sebenar atas stage ke kat gambo sebesar alam atas screen? Anyway it was his concert kan, takkan nak letak gambo Saleh Yaakob pulak. And it was his first concert after 30 years being in the entertainment industry. Maka kalau nak syok sendiri pun adalah dimaafkan.

Syok sendiri ye bang?

The concert ended around 11. By that time Farah punya muka dah macam nak bunuh diri terjun bangunan. Did I tell you dia kena paksa pegi sebenarnya? She only enjoyed the first few songs, lepas tu sibuk main game on her handphone. “Kalau tengok kat stage pun nampak kecik je si Nuar tu, baik dengo je,” begitulah katanya. Kak Minie pulak sungguh focus. Pandang straight to the stage, tak gerak2. Kagum. Kak Linda pulak sibuk amik gambar dengan Galaxy Note dia. She did take some really nice pics with it. Boleh tunjuk proof kat laki dia nanti. Kekawan Farah yang lain tak dan nak berkenalan, dok jauh sangat. Two of them duduk dekat gold seats. Dedua lelaki. Go figure.

Hasil kerja tangan Kak Linda dan Galaxy Note beliau.

As for me, sangat2 puas hati coz lagu2 dia yang I suka semuanya dia nyanyi. Tapi agak kurang suka the new arrangement that Mac Chew did for “Sesucinya Cintamu”, I like the old one better. Sempat juga Anuar nyanyi birthday song untuk diri sendiri (narcissus alert!) and other February babies. Lagu raya yang dengan Ellina tu pun dia nyanyi serangkap dua atas permintaan peminat. He’s indeed truly appreciative of his fans.

To my dear Farah, thanks coz sudi mengajak tengok konsert Anuar Zain. Thanks to kawan Farah yang tiba2 back out, lantas memberi peluang utk I pegi. Thanks to Kak Minie and Kak Linda for the pics. Thanks to Kak Faez yang bagi makan awal2 supaya kami tak kebuluran. And most importantly, thanks to Abang Nuar for putting up a great show. Lain kali buat konsert lagi!

10 comments:

ahkakbatik said...

dedulu kaktek minat ler.. la ni dia nampak tua ler.. mungkin kalau dia tengok kaktek, diapun kata kakktek nampak tue..ngeh3x..
somi kaktek kata pompuan desperado je minat kt dia... jeles le tuh.

~jeet~ said...

homaigod.....!!! i tgk tajuk pon dah jeles..super duper babe, best giler...
biarla narcissist ke hape..konsert dia kan..? :D

noornazuha said...

hehe..berbaloi tak pergi?..suara dia live ok tak?pernah dgr mcm kdg2 tak sampai bila part yg high tune tuh....

Ismaliana Sulaiman said...

homaigod....tajuk n3 yg buat akak terus zassssssssssssssssssss....klik kat blog ni... so clever haaa!!

rupanya kisah abg nuar.... :) errrkkk..ada t'selit nama salih yaakub lah..heheheee...

mesti seronok kan dpt tgk live (tiket yg mmg sah2 x mampu milik...blh buat byr ansuran my snow white 2 months..huhuuuu)




p/s: so refreshing masuk blog ni hari ni... ;) penuh dgn hati merah menyala bak sehangat asmara..... :P

dieya said...

kaktek,
time camera tu close up kat muka dia, nampak tengang semacam. apakah rahsia beliau? mungkin kaktek boleh menuntut ilmu.
ketara sungguh kejelesan abe gapo. maklumlah bininya kan kate moss. kena ngorat ngan seal klum pulak tu. sah tercabar!

jeet,
yeah dah memang konsert dia, sukati dia lah kan.. kan.. kan..
fans nye pulak fanatik. lagi banyak gambo dia lagi fans suka lah kot. anyway the show memang best. walaupun mahal. tetap best!

nazuha,
berbaloi coz it was his first concert dan show dia pun cukup 2 jam. yup ada certain part dengar mcm serak sikit. but overall, worth the tix price.

kak lieya.
amboi3.. nak baca citer2 hangat je ye :-p
hahaha.. ye tak ye kan.. kak lieya simpan twin saleh yaakob versi komando kat rumah.
tengok live show memang sangat best. dengar suara abg nuar menusuk kalbu gitu. my fren duduk paling atas 5 tingkat tingginya harga RM90. nampak anuar beso jarum peniti je kot.

JaJa'Z said...

hamboi2..kemain lagi dia gi dating jumpa abg nuar yek..mujur la akak ni tak fanatik si nuar ni sangat..kalau tak..mau meroyan dr jauh bila tau dieya g konsert abg nuar kita ni..hahah

Zuraida said...

hahahahha....takpe la dia narcissistic as long as everyone enjoys themselves la kan?

:)

Hjh Noralenna Abbas said...

Dia nyanyi tak lagu "kain pelekat, ya,ya, ya," Tak sangka dak Nuar jadi super star!! Ya, ya, ya, ya...

PatinPasta said...

Waaaaa bestnye dapat pergi tengok live concert dia! Saya sungguh minat kat dia, jejaka Malaya terakhir gitu. Ahaks! Kalo jadi boipren.. buli nyanyi 24/7.

dyanna said...

Dulu minat ler, sekarang tak lagi.