lambaian kaabah

Putting a pause to my Aussie travelog.

Why?

I was touched by a gesture by my former schoolmate. He’s organizing a fundraiser to send an ustazah (religious teacher) at his hometown to perform umrah (pilgrimage) in Makkah.

My dear friends, if you have some cash to spare, I call for your kind heart to contribute. No matter how small the amount is, I’m sure Allah will repay your generousity in a big way.

Read about the ustazah’s story below, as written by my friend Firdaus.

Follow his blog for the latest update on the fundraiser: http://mariafirdaus.blogspot.com

May the good deeds that you do bring you closer to Allah!

*

*

*

*

*

Assalamualaikum,

Rasanya semua orang bercita cita untuk menunaikan haji dan umrah. Cumanya, masa yang belum tiba.

Bagi yang sudah pernah pergi ke sana, pasti dan pasti akan terbayang kenangan kenangan indah di sana.

Ia sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

Baru baru ini, emak saya menyatakan hasratnya untuk pergi menunaikan Umrah pada 27 April 2012. Terus saya katakan kepada mak saya.

“Kalau mak nak pi, Daus akan sponsor. Alhamdulillah. Bulan ni income lebih. Lebih banyak daripada biasa. Allah murahkan rezeki Daus kali ni. Kalau abah nak pi sekali pun tak pa, Daus sponsor sekali”

“Alhamdulillah. Ya Allah, murahkanlah rezeki anakku,”
doa mak kepada saya.

Bayaran untuk seorang adalah RM4500. Maka saya perlu membayar RM9000 untuk dua orang.

Saya menceritakan kepada Abang Jan, abang sulung saya di Shah Alam tentang hasrat mak dan abah yang hendak pergi menunaikan umrah pada April tahun ini. Terus abang saya katakan, “Tak pa, hang sponsor mak. Abang Jan sponsor abah. Kalau Abang Ain ngan Dzuha nak sponsor, suruh depa sponsor tahun lain”.

Alhamdulillah. Saya berasa gembira. Akhirnya hajat saya untuk membawa mak saya pergi menunaikan umrah tercapai. Mak akan pergi menunaikan umrah dengan hasil titil peluh saya berkerja.

Syukur.

Ini salah satu cara kami nak balas jasa baik mereka. Lagipun, pesanan Datuk Zainal ketika saya berada di Mekah masih segar diingatan saya. “Sentiasa mengutamakan mak dalam semua keadaan”.

Kalau nak diikutkan, kami sekeluarga bukan dari keluarga yang berada. Ayah saya hanya kerani sekolah. Mak saya pula hanyalah pembantu jururawat. Berapa sangatlah gaji mereka. Namun, ibu bapa kami selalu berjimat cermat agar duit yang disimpan itu dapat digunakan untuk membawa kami menunaikan umrah.

Mak membawa saya dan adik saya dua kali menunaikan Umrah. Ketika saya di darjah enam dan ketika di tingkatan empat. Ia banyak membantu dalam membentuk akhlak saya pada hari ini. Ia banyak membantu dalam memberi dorongan kepada saya untuk menunaikan haji pada usia muda.

Suatu hari, mak berkata kepada saya, “Daus, hari tu hang kata bulan ni hang ada income lebih. Boleh tak kalau hang sponsor sorang lagi kawan mak untuk pergi ke sana?”

“Siapa mak?” saya bertanya.

“Ustazah Arbakyah. Mak teringin nak bawa dia pergi ke sana.”

Saya memberi persetujuan.

“Tak pa, nanti Daus usahakan untuk Ustazah Arbakyah. Mak bagi tau dia. Kita bawa dia pi sana”

KISAH USTAZAH ARBAKYAH

Ustazah bukan dari golongan yang berada. Bahkan, beliau menjadi ibu tunggal akibat kematian suaminya sejak anak bongsu beliau masih kecil lagi.

Beliau bertugas sebagai guru agama di surau dan masjid sekitar ini. Pendapatannya tidaklah seberapa. Dari segi sumbangan, beliau memang banyak berbakti kepada penduduk setempat.

Jika ada kenduri tahlil, marhaban dan bacaan Yasin di kalangan muslimat, beliaulah yang mengetuainya. Jika ada jenazah wanita, beliaulah yang memandi dan menguruskannnya. Jika ada majlis tazkirah, beliaulah yang menyampaikannya.

Beliau turut mengerjakan sedikit sawah padi. Jika ada kelapangan, beliau sendiri akan ke sawah. Menguruskan apa yang perlu. Pendek kata, apa yang boleh dilakukan sendiri, akan beliau lakukan sendiri. Tak mampu nak bayar upah kepada orang lain.

Inilah Ustazah Arbakyah. Seorang yang mempunyai semangat dan kecekalan yang tinggi.

Mungkin, inilah sebabnya mak saya pilih untuk membawa beliau ke sana.

BERITA BAIK DISAMPAIKAN

Suatu hari, Ustazah di jadualkan untuk pergi menyampaikan kuliah di Pertubuhan Peladang peladang di sini.

“Aik Ustazah, bukan Ustazah pergi umrah ka?”, kata pegawai PPK kepadanya.

“Masya Allah, macam mana saya ada pi umrah. Saya nak pi dengan apa (duit tak ada)?”, Ustazah menjawab.

Apabila tiba ke tempat untuk beliau menyampaikan kuliah.

Anak muridnya bertanya, “Ustazah, bila nak pi Umrah?”.

“Subhanallah. Siapa yang dok canang kata saya pi Umrah ni? Saya mana ada duit nak pi?”.

“Dah nak pi la tu, “ mak saya berkata kepada Ustazah.

Bayangkan, pada waktu ini. Mak saya sebenarnya belum menceritakan kepada sesiapa mengenai nak bawa Ustazah ke Tanah Suci. Pada waktu itu, hanya saya dan mak sahaja yang tahu. Belum ada orang ketiga yang tahu.

Persoalannya, siapa yang gerakkan hati mereka untuk bertanya soalan itu kepada Ustazah?

Selepas habis kuliah, mak saya berjumpa Ustazah secara personal dan memaklumkan hasrat kami untuk membawa beliau menunaikan umrah.

“Subhanallah. Patutla dua tiga malam ni saya tak boleh tidur. Saya asyik nampak Kaabah saja. Ya Allah. Alhamdulillah. Terima kasihlah Kak Nah. Nanti saya bagi tau nak terima ka tak.” Jelas Ustazah.

KEESOKANNYA

Ustazah datang ke rumah saya membawa kad pengenalan untuk didaftarkan.

“Firdaus, terima kasihlah sebab nak bawa saya pergi menunaikan umrah. Allah sajalah yang balas.” Ustazah berkata kepada saya.

“Alhamdulillah. Allah bagi saya rezeki lebih. Boleh saya kongsi sedikit dengan Ustazah”, kata saya.

“Tahu tak, malam tadi saya Solat Istikharah. Minta petunjuk kat Allah sama ada Allah nak bagi saya pergi atau tak? Saya memang teringin sangat nak pergi ke Mekah. Tapi ya lah, mana saya nak cari duit. Duit yang ada pun dok kumpul nak pi haji. Tak cukup lagi. Tak tau la bila nak boleh pi haji. Tu yang rasa seronok sangat dapat pi Umrah ni”.

Ustazah bersetuju untuk ke sana. Wajah beliau ternyata gembira. Saya dapat rasakan dari raut wajahnya. Seolah olah mendapat sesuatu yang terlalu diidam idamkan.

Namun, satu yang saya betul betul ‘respect’. Dalam hal macam ni pun, beliau masih lagi bersolat istikharah. Nak mohon petunjuk dari Allah. Sama ada nak terima atau tak.

Kalau kita? Adakah kita akan melakukan istikharah? Sama sama kita renungkan perbezaan sikap kita dan Ustazah.

SIAPA MAHU BERSAMA SAYA?

Buat masa ni, saya bercadang untuk menyumbang penuh untuk Ustazah. Namun, saya rasa elok jika saya bagi peluang untuk pembaca di blog ini untuk bersama saya. Sama sama kita membuat pahala. Bukan mudah nak cari orang baik macam ustazah ni.

Sekiranya ada di antara para pembaca yang hendak bersama saya, untuk menyumbang bagi membawa Ustazah Arbakyah menunaikan Umrah. Anda boleh menyumbang dengan memasukkan duit ke Akaun Maybank saya. 1521 1604 0160. MOHD FIRDAUS BIN MAT SAAD.

Ayuh, mari kita letakkan sasarannya. RM4500. Jika tidak cukup, saya akan tambah untuk pastikan hasrat untuk membawa Ustazah ke sana tercapai.

Ayuh, kita mulakan hari ini. Sebagai permulaan. Okaz bersetuju untuk menyumbang RM150 sebagai orang yang pertama. Ayuh, kita cari siapa yang kedua dan ketiga. Jika masih belum cukup, saya akan cukupkan jumlah itu.

Anda tidak perlu menyumbang banyak, sumbanglah seadanya. Ikut kemampuan. Namun, bersedekahlah. Agar rezeki kita akan terus diluaskan Allah selepas ini.

Jika anda menderma, pastikan anda menulis di ruang komen di bawah. Untuk memastikan kita semua tahu berapa jumlah terkini.

Semoga kita semakin hampir kepada Nya.

Wassalam.

*

*

*

*

*

Update: Alhamdulillah, the fund that has been raised thus far is already enough to pay for Ustazah Arbakyah's umrah. Thank you to all of you who have generously contributed, may Allah bless your kind souls. Do check out Firdaus's blog for the collection status and his suggestion on what to be done with the extra amount collected.

10 comments:

~jeet~ said...

alhamdulillah...baik betul...insyaallah plan ni akan dapat bnyk support ;)

Mamamya said...

syukuran jazeelan....alangkah baiknya klu lbh ramai org spt firdaus....

dieya said...

jeet,
inshaAllah, moga ramai yg dapat pahala :-)

k lieya,
betul tu. i think ramai yg nak membantu org sekeliling yg memerlukan, tp tatau mcm mana. idea firdaus ni mmg bagus kan.

eB ezrin said...

kiter doakan yer :)

ieda said...

sayu ati bila baca nie ..
akak doakan dik ...
insyaallahhh

dieya said...

eB,
amin, semoga urusan ustazah diermudahkan.

k ieda,
amin, inshaAllah semoga dimakbulkan doanya.

Maya Marisa said...

alahai sayu nyer baca. terasa insaf kejap. anyway, thanks for sharing yea. nnti i spread the news to my friends

dieya said...

kak pah maya,
no prob :-) according to my friend, fund untuk umrah cost dah cukup. additional contribution will be given to ustazah utk belanja kat sana. thanks for spreading the love!

Citarasa Rinduan said...

assalmualikum adikku dieya..
lamanya tak bersua di blog kamu

dik... syukur alhamdullilah..
kak skluarga ada angan2 nak ke sana tahun nie..
doakan bt kak jua ya

muahhhhhhhhh

dieya said...

wa'alaikumussalam k ayu,
sibuk nampaknya kak skrg ya ;-)
inshaAllah, dieya doakan kak sekeluarga pergi ke sana tahun ni. muahhhsss!!!