talkative tuesday: dieya vs. radzi

Remember last week’s inaugural “Talkative Tuesday” entry? The one about Lee Kuan Yew vs. his daughter? Yes, that one. As a response to that entry, Radzi a.k.a. Pena Celoreng wrote a very interesting piece about the birds and the bees and everything in between.

Contrary to this entry’s title (saja letak tajuk gempak :-p) I’m actually very much agreeable to what he said. In fact, some of the points that he highlighted hit me smack in the face, point blank. And I believe once you’ve read it for yourself, you’ll feel the same way too.

Okay, I shall not spoil the fun. Go ahead and read it on your own. It may be long, but it’s a really good piece. Trust me on this.



Before that, a note to the one who deserves all the accolades...

Radzi,

Amongst all responses that I got on the topic, yours is a magnum opus! I have no the other words but a big THANK YOU. You’ve proven yet again what a great writer you are. Hard to believe when you said that it was written in a hurry. Imagine if you have all the time in the world to talk about this? It may as well be your next book! And I bet many will queue for a copy. I’ll be the first in line, that’s for sure.

Looking forward to the next part. Don’t take too long yeah!



Now, let the magnum opus begin...

Dieya,

Pertamanya, saya mohon menyampaikan pendapat dalam Bahasa Melayu supaya ianya tidak disalahertikan. Kerana banyak sebab. Antaranya kadang-kadang bahasa Inggeris saya memberi maksud yang berbeza dengan apa yang saya hasratkan.

Isu akan perlu atau tidak akan perkahwinan kepada seorang PEREMPUAN, perlu di hujah dengan bijaksana tanpa menzahirkan sebarang emosi. Perspektif mana yang kita pilih?. PEREMPUAN mana yang kita maksudkan. Adakah PEREMPUAN yang agamanya Islam atau sebaliknya? Saya ingin berhujah dari perspektif PEREMPUAN yang agamanya ialah ISLAM.

Jika kita terus pergi kepada Hukum Hakam yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah, maka perbincangan kita akan terus menemui titiknya atau noktah. Kerana apa? Kerana kita tidak boleh menidakkan apa yang telah digariskan oleh al-Quran dan Sunnah dan kemudiannya di sepakati oleh para ulama.

Keduanya; adakah perkahwinan itu WAJIB? Agama Islam tidak menetapkan wajib dan terus titik tanpa ada perbincangan selepasnya. Ianya wajib pada yang tertentu dan kelonggaran diberi kepada yang tertentu. Dalam isu ini, Umat Islam khususnya para ulama berpegang kepada dua teras iaitu Surah An-nur, ayat 32 dan Hadis sahih Rasulullah riwayat Bukhari dan muslim.

Surah An-Nur, ayat 32, bermaksud “Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki dan perempuan dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan”

Maksud ayat ini adalah jelas dan tidak wujud metafora atau kiasan. Allah S.W.T menyeru orang lelaki dan perempuan supaya berkahwin. Kenapa Tuhan tidak menyatakan WAJIB dan kenapa hanya berbentuk seruan? Ianya tidak sama kepada sesetengah hukum Islam yang lain yang mana secara terang Allah S.W.T menyatakan WAJIB. Seperti menunaikan sembahyang lima waktu; jelas difirmankan sebagai wajib. Tetapi dalam bab perkahwinan ini ianya diseru atau dinasihatkan sahaja. Hujah saya, iaitu perkahwinan ini hanya diseru atau disarankan disokong oleh hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Hadis ini adalah termasuk dalam golongan hadis-hadis sahih. Rasulullah bersabda 'Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya'.

Nah! Ini dia, yang mana sabda Rasulullah bertepatan dengan Firman Allah. Bahkan Rasulullah menyatakan dengan lebih jelas iaitu memberi pilihan sama ada ingin berkahwin atau pun tidak. Pilihlah!. Upppp, nanti dulu, tidak semudah itu dan tidak boleh memahami dengan berat yang sangat ringan. Rasulullah menyuruh umatnya iaitu lelaki yang mampu memikul tanggungjawab supaya berkahwin kerana perkahwinan itu boleh memelihara nafsu zahir dan batin. Dan Rasulullah juga memberi kelonggaran bagi yang tidak mampu berkahwin, maka ia dibolehkan dan rasulullah menasihati supaya golongan ini berpuasa bagi mengawal nafsu zahir dan batin.

Tak salahkan kalau tak kahwinkan? Betul ke? Bersandarkan dua teras dan pegangan ini, para ulama membahagikan empat kategori keperluan kepada perkahwinan iaitu wajib, sunat , makruh dan haram. Saya tidak berhajat ingin menghurai empat tahap keperluan ini kerana berpendapat kita sedia maklum. Yang pentingnya di sini ialah Islam tidak secara total mewajibkan umatnya berkahwin bahkan ada keadaannya perkahwinan itu adalah HARAM. Dasar atau pemahaman ini harus kita fahami terlebih dahulu sebelum membuat keputusan atau melanjutkan perbincangan.

Walau bagaimanapun, bagi yang mampu, Hukum secara jelas MEWAJIBKAN golongan mampu ini berkahwin. Maka kahwinlah Dieya. Kerana anda memang mampu.

Mari kita berbicara dari aspek sejarah akan keperluan hidup bersama antara lelaki dan perempuan. Kita merentas waktu yang lebih jauh dari kisah qabil. Dalam Kitab Al-A’raf mengupas akan kisah nabi Allah Adam yang kesunyian di dalam syurga dan berdoa kepada Tuhan supaya di berikan teman. Maka Adam diberikan Hawanya. Lumrah kejadian manusia menunjukkan sifat saling memerlukan dan tidak boleh hidup keseorangan atau kesunyian. Lumrah ini dijadikan kepada semua makhluk ciptaan Allah S.W.T. Namakanlah apa sekalipun, ianya mesti dijadikan berpasang-pasang. Syaitan yang tidak mahu sujud kepada Adam dikeluarkan dari syurga yang kemudiannya menurut pendapat ulama menggunakan sama ada ular atau burung merak bagi menghasut hawa supaya memujuk Adam melanggar perintah Tuhan. Ular dan burung merak adalah binatang peliharaan ahli-ahli syurga yang mana ular digambarkan sangat cantik dan berkaki dan burung merak dengan segala keindahan warnanya. Ulam menghujahkan bahawa nabi Adam dan hawa yang diturunkan ke bumi tetapi di lokasi yang berlainan. Menurut pendapat ulama, Nabi Allah Adam diturunkan di benua India dan hawa diturunkan di sempadan Yaman. Jauhkan?

Dalam memetik sandaran-sandaran yang digunakan pakai oleh ulama bagi membahaskan isu, kita perlu memahami bentuk bahan yang digunakan. Jika ia bersandarkan kepada al-Quran dan hadi sahih, maka tidak banyak persoalan. Tetapi terdapat lagi satu sandaran iaitu cerita ‘israeliat’. Ia sering digunakan oleh ustaz atau tok guru bagi menjadikan hujah dan syarahan mereka menjadi lebih menarik. Cerita-cerita israeliat memang menyokong hujah ulama.

Bagi bab kisah ular dan burung merak yang di katakan sebagai antara binatang kesukaan ahli syurga, kisah ini menjawab persoalan iblis dan Adam. Bagaimana? Seperti yang kita sedia maklum, Iblis dikeluarkan dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada Adam dan Adam dan hawa kekal di dalam syurga. Iblis telah memujuk hawa supaya memujuk Adam memakan buah larangan. Persoalannya, bagaimana iblis memujuk hawa? Sedangkan iblis di luar syurga dan hawa di dalam syurga. Iblis sama sekali tidak boleh masuk ke syurga. Mak itu, ada sesetengah ulama menghujahkan bahawa iblis menggunakan perantaraan binatang peliharaan ahli-ahli syurga iaitu ular ataupun burung merak bagi memujuk hawa. Ada ulama yang mengatakan, iblis masuk ke dalam perut ular dan masuk ke dalam syurga dan berbual dengan hawa ketika hawa sedang berehat. Bunyi macam lawak je kan. Tetapi itu adalah kisah israeliat yang menyokong persoalan bagaimana iblis bertemu dengan hawa. Selepas kisah ini berakhir, anda akan memahaminya hubungan kisah ini dengan isunya. Dan juga apakah kaitan kisah ini dengan isu yang dibawa oleh Dieya.

Iblis memujuk Hawa supaya memujuk Adam memakan buah larangan. Katanya, Allah tidak membenarkan Adam memakan buah tersebut kerana Allah ingin Adam mati lebih awal dari hawa. Sekiranya Adam memakan buah tersebut, maka Adam akan berumur panjang dan dapat hidup kekal bersama hawa. Kalau tidak, Adam akan mati awal dan hawa akan tinggal keseorangan. Maka hawa memujuk Adam memakan buah larangan. (saya tidak berhajat ingin mengupas isu kenapa Allah melarang Adam memakan buah berkenaan? Insya-Allah, jika ada kesempatan, kita akan mengupas isu ini). Hikmah dari kisah ini, menunjukkan, kaum hawa tidak boleh hidup keseorangan, kaum hawa memerlukan kaum Adam bagi keperluan yang tidak boleh disediakan oleh kaum sejenisnya. Sifat dan fitrah hawa memang sedemikian. Begitu juga dengan fitrah Adam. Jap lagi saya cite, part mana Adam memerlukan hawa.

Sebaik sahaja Adam melanggar larangan Tuhan, maka wujudlah sifat-sifat yang antaranya di katakan terbentuk dubur, perasaan malu akan kemaluan yang terbuka, dan beberapa bahagian Adam dan hawa ditumbuhi bulu. Rasa malu ini menyebabkan Adam dan hawa memetik daun-daun pohon syurga bagi menutupi badan mereka. Pendek akan cerita, kedua-duanya dikeluarkan dari syurga dan Adam memohon satu kawasan bagi beliau meneruskan kehidupan. Maka Adam diturunkan ke bumi. Di sini Adam dan hawa dipisahkan yang mana Adam, di katakan diturunkan di benua India dan hawa diturunkan di sempadan yemen. Maka itu, ketika berada di India hampir dua tahun, saya mengambil kesempatan berkunjung ke daerah yang di katakan oleh ulama. Bukti alam menyokong hujah ulama. Di kawasan ini banyak pohon-pohon syurga tumbuh menjulang ke langit. Menjadikan kawasan tersebut wangi semerbak. Pohon-pohon syurga dijadikan oleh penduduk tempatan sebagai sumber minyak wangi. Maka industri minyak wangi berkembang di kawasan ini. Minyak wangi yang dijadikan dari pohon-pohon syurga, baunya sangat semerbak. Serbuk-serbuk pohon kayu ini, dibakar di dalam cepa dan rumah diasapkan, baunya melekat ke dinding. Di kawasan ini juga banyak binatang-binatang yang kita bincang di atas iaitu ular dan burung merak. Anda mungkin hanya pernah melihat sejenis burung merak sahaja yang berwarna-warni tetapi di kawasan ini berpuluh jenis burung merak. Ada yang warna merah sahaja, ada yang warna putih sahaja dan macam warna. Terlalu banyak hingga banyak yang dilanggar kenderaan lalu lalang seperti mana kita melanggar anjing, biawak, ular atau kucing atau ayam kampung di jalan raya kat kampung. Ular? Kawasan ini menjadi kawasan permainan ular. Yang anehnya ular tedung tidak mengganas. Kalau kat Malaysia, terserempak dengan ular tedung, kita tak cukup tanah nak lari. Sempadan Yemen? Saya belum sampai tetapi menurut rakan Ahmed al abadi dari Oman iaitu negara sahabat di utara Yemen, banyak pohon-pohon syurga tumbuh di kawasan itu. Dan saya mendapat seuncang kayu haruman dari sempadan Yemen. Sesekali, bila orang tua saya nak buat kenduri, dia akan bakar dalam cepa dan akan di bawa sekeliling dalam rumah. Bau harum semerbak akan melekat pada tirai, dinding dll.

Adam dan hawa menjalani kehidupan dalam situasi yang penuh dengan kesunyian. Masing berdoa kepada Tuhan siang dan malam, bergenang air mata memohon kepada Tuhan supaya dipertemukan semula dengan kekasih hati. Masing-masing mengembara bagi mencari kekasih hati mereka. Perjalanan mencari kekasih hati bagi memenuhi fitrah masing-masing di katakan mengambil masa 600 tahun. Adalah diingatkan, semasa Adam dijadikan dari segumpal tanah; hawa belum dijadikan oleh Tuhan. Adam hidup dalam kesunyian di dalam syurga. Adam mendoakan kepada Tuhan supaya diberikan ia kawan, maka hawa dicipta oleh Tuhan dari sebatang tulang rusuk Adam bagi menemani adam. [Sila baca sebuah sajak saya berkaitan Rasa Jiwa Hawa yang dijadikan dari tulang rusuk Adam – Sajak ini di baca di dua lokasi semasa sambutan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di PICC (yang ini saya yang deklamasi) dan Peringkat Negeri Melaka (di deklamasi oleh Johan Kebangsaan Tahun 2000)].

Pendekkan cerita, setelah berjalan dan mengembara bagi mencari kekasih hati, nabi Allah Adam dan Hawa di katakan bertemu di Jabal Rahmah. Maka itu jabal rahmah dikenali sebagi bukit pertemuan kekasih. Maka itu juga, bagi mereka yang belum atau lambat bertemu jodoh, jabal rahmah sering digunakan sebagai tempat untuk berdoa kepada Tuhan. Bukitnya tidaklah terlalu tinggi. Di kakinya terdapat peniaga-peniaga arab menjual barangan dan sesiapa yang ingin merasai menaiki unta, silakan. Pendakian tidak sampai 5 minit. Kalau dulu kawasan di banjaran bukit ini kosong dan kita mudah mengerjakan solat sunat di mana-mana sahaja tetapi sekarang sendat dengan tikar-tikar penjual cenderamata.

[Kisah selingan: Ketika dalam kembara mencari Melayu di bumi Mekah pada tahun 2007 [ada tujuh siri kembara mencari Melayu yang saya lakukan iaitu di Mekah, South Afrika, Australia, New Zealand, Portugal, Myanmar dan Patani], seterusnya menunaikan umrah, rombongan kami singgah di jabal rahmah. Saya terpaksa memanjat jabal rahmah kerana telah dititipkan beberapa pesanan dan doa. Antaranya dari rakan-rakannita sekuliah yang belum bertemu jodoh mohon mendoakan jodoh mereka, rakan--rakan yang sedang berkrisis dengan pasangan mohon diredakan, juga tidak lupa kakak saya yang telah agak lama keseorangan kerana suaminya yang meninggal dilanggar oleh kereta sport yang dipandu pemandu mabuk di penang (sungguhpun beliau tidak pernah menyatakan hasrat tetapi saya merasakan ia perlukan seseorang bagi melindungi diri dan keluarganya), dan juga doa bagi diri sendiri (kisah suka duka London mengimbau). He he he.

Hanya ada tiga jemaah sahaja yang panjat jabal rahmah iaitu saya, dan sepasang haji dan hajjah. Usai solat sunat di puncak jabal rahmah, kami pun berdoa iaitu saya dan hajjah. Pak haji tidak solat sunat dan tidak berdoa kerana dia sibuk dengan kameranya. Maka saya bersebelahan dengan hajah berdoa. Hajjah berdoa sehingga teresak-esak menangis. Sedikit mengganggu saya yang duduk di sebelahnya di puncak jabbal rahmah. Oleh kerana doa kami akan panjang, maka haji turun terlebih dahulu. Saya dan hajah turun berdua dari jabal rahmah. Kesempatan menuruni bukit, saya gunakan bagi bertanya kepada hajjah, apakah hajatnya sehingga beriya-iya benar. Jika dinyatakan, bolehlah saya tolong sama—sama turut mendoakan. Airmata menitis tidak semena-mena dan pandangan menjadi sedikit kabur sebaik sahaja mendengar doa yang dimohon oleh hajjah. Dalam hati, saya mohon maaf kerana tidak berdaya bagi memohon doa seperti itu. Nauzubillah.

Maka itu lah, bukit ini dijadikan lokasi bagi berdoa untuk tujuan kasih sayang. Kisah nabi Adam dan hawa ini saya bawa bagi memaparkan betapa lelaki dan wanita ini saling memerlukan. Fitrah kejadiannya sedemikian. Fitrah keperluan ini bukan sahaja ada pada manusia bahkan juga pada binatang dan semua makhluk Tuhan. Saya melihat fitrah buaya di Darwin yang sangat memerlukan pasangan nya hingga berenang ke mana-mana pun mesti berpasang. Jangan sesekali diganggu pasangannya. Buanglah rasa ego, rasa hebat, rasa boleh hidup seorang, tak ada lelaki atau wanita pun tak apa, dan buanglah apa–apa yang patut. Turunlah ke lembah kerana di lembah itu tanahnya adalah subur dan cuacanya adalah dingin dan menjadi tempat tumpuan binatang beristirahat ketika panas terik mentari.

Isu letih, isu tanggungjawab yang banyak dan segala macam lagi; ianya sesuai dengan fitrah kejadian hawa itu sendiri. Tuhan mengurniakan sikap kental dan tenaga yang berpanjangan atau endurance Dn kecerdikan kepada kaum hawa dan tidak kepada kaum lelaki. Kaum hawa endurancve mereka lebih jauh jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Maka itu negara maju menyedarinya dan mereka memilih kaum hawa menjadi pilot kepada pesawat yang terbang ke angkasa lepas.

Sebenarnya, semua kaum hawa dan Adam ingin berkahwin tetapi jodoh belum kesampaian. Ramai rakan-rakanita saya yang menajdi ‘andarbeka’ atau ‘andalusia’. Pada mulanya mereka beria-ia benar ingin mempunyai pasangan hidup tetapi sampai masanya dah ‘give-up’. Maka lama-lama rasa ingin disayangi itu pun kabur dan akhirnya hilang. Ada yang menangis mengenangkan akan nasib dirinya. Kenapa golongan ini menjadi ‘andarbeka’ dan seterusnya menjadi ‘andalusia’? Kerana banyak sebab. Bagi menjawab sebab ini, saya ingin berkongsi dua lagi kisah peribadi. Pertamanya berkaitan dengan satu tesis yang saya buat bertajuk PERKAHWINAN DI KALANGAN PASANGAN ANGGOTA-ANGGOTA TENTERA’. Hujah yang akan saya utarakan berdasarkan satu kajian ilmiah yang dijalankan di kalangan anggota-anggota tentera khususnya yang berkahwin sesama mereka; maksudnya tentera kahwin dengan tentera. Kebanyakan mereka berhadapan dengan masalah. Dan isu anggota wanita tentera yang tidak berkahwin pun agak banyak. Saya cuba meneliti permasalahan dan sebab musabab yang dihadapi mereka. Kita terus pergi kepada sebab mengapa banyak anggota tentera wanita terus membujang?

1. Kurang cantik atau langsung tidak termasuk dalam kategori cantik.
2. Teramat memilih (handsome (78%), di percayai (63%), Agama (87%), Badan tidak berbau (42%), Pendapatan (61%), dll).
3. Ego yang sangat tinggi dan memandang rendah kepada calon yang dipinggirkan sejak awal bertemu.
4. Kecewa atau putus cinta.
5. Dendam.
6. Terus Berharap pada jodoh (82%) dan terus berharap pada seseorang (41%) tanpa mengira status.
7. Pemalu.
8. Gagal sekali bermakna gagal buat selama-lamanya.

Banyak lah lagi sebab-sebab yang ditemui dalam kajian tersebut yang dilakukan secara ‘mixed method’. Kajian saya juga menemui satu teori baru iaitu:

a. Mana-mana anggota tentera wanita yang tidak mempunyai kekasih hati sebelum memasuki tentera sukar memiliki buah hati.
b. Mana-mana anggota tentera wanita yang sedia mempunyai kekasih sebelum masuk askar tidak berhadapan dengan masalah jodoh.
c. Lelaki awam sukar menerima kekasih yang bekerja sebagai tentera.
d. Maka, jika anggota tentera wanita yang sangat memilih, hingga sekiranya ada di kalangan anggota tentera lelaki yang cuba menawan hatinya dan ditolak, maka ia akan sukar mendapat pasangan kerana anggota tentera bujang lelaki mempunyai banyak pilihan lain.

Kisah kedua ialah berkaitan seorang sepupu (wanita) saya yang telah pun bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah Universiti tempatan. Memiliki kehidupan yang sudah kukuh tetapi masih membujang. Cantik. Umur sekitar hujung 30an. Pada tahun lepas, buat kali pertama beliau suarakan rasa hatinya kepada saya. Walaupun dia seorang pensyarah dan lahiriahnya di lihat sebagai seorang yang kuat dan tidak ada apa-apa tetapi di sudut hatinya, rasa ingin berkahwin tidak kunjung padam. Lalu masalah tersebut di ajukan kepada saya. Berdasarkan pengalaman dalam kajian, maka saya beri khidmat nasihat seperti berikut:

“Dalam keadaan kedudukan you, hanya 5% lelaki sahaja yang akan tampil dan cuba menawan hati you. 5% peratus itu pun kalau you bernasib baik kerana mereka mempunyai banyak pilihan yang lain. Jika you hanya dengan ruang hidup you iaitu dari kuliah terus balik rumah dan dari rumah terus ke kuliah, maka you akan kekal macam ni. Kalau you masih dalam dunia sebagai seorang pensyarah dan tidak mahu turun ke lembah, selagi itulah you dalam ego tersebut”

“Bukalah ruang diri agar ada lelaki yang 5% peratus tadi melihat lorong peluangnya. Siapakah 5% peratus lelaki ini? Sudah tentu mereka juga sudah amat dewasa iaitu melebih umur 40an. Siapa yang berumur seperti ini? Sama ada ia seorang ‘anterlusia’, duda, suami orang atau jenis yang semua orang pompuan tak mahu atau menolak dia. Sangat bernasib baik kalau you dapat selain dari kategori ini tetapi berapa kadar peluangnya? Berdasarkan kajian kadar peluang hanyalah di antara 1 hingga 2% sahaja dan mungkin menjadi mustahil iaitu gagal hipotesis nul. Maka you kena duduk dan membuat ketetapan dan persediaan segalanya bagi menerima pasangan dari kategori ini”

Cousin: Adakah itu sahaja peluang yang saya ada?

“Tidak, you masih ada banyak peluang lain sekiranya you bersedia turun ke lembah”

Cousin: Tak faham?

“You kena turunkan darjat diri. You kena kembali kepada dunia sebelumnya. Pastinya di dunia sebelumnya, you banyak pilihan, asalkan you tidak memilih sangat. Pilihan di dunia sebelum adalah dari calon-calon yang lebih muda dari you dan mungkin kehidupan belum stabil. Bergaulah dengan pelajar, pergilah ‘outing’, panjat gunung ke? ‘clubbing’ ke, brithday parti ke dll. Bila balik ke dunia sebelum, taraf sebagai pensyarah kena tinggalkan di belakang. Bila you dah pilih dari golongan ini, you kena faham tugas dan kemampuan pasangan sedalam-dalamnya. Kemudian baru you akan temui sesuatu”

Pendekkan cite, bulan Jun ni dia dah nak kahwin. Dengan pasangan yang lebih muda. Yang ditemui di satu acara ‘treasure hunt’ pejabat member dia.

Pendek kata, kalau dok menunggu dan ber ego atau berlagak dengan status kita, maka kita akan macam tu lah sampai bila-bila. Memanglah jodoh di tangan Tuhan tetapi Tuhan tak akan membuahkan secara automatik. Part ini kena faham dengan jelas, jodoh kita ditentukan oleh Tuhan dengan siapa.

To be cont.... (kalau ada masa). bye

37 comments:

Akmalhazwan said...

bes plak bace sal kawen2 ni..keh3

Mamamya said...

morning dieya...dtg kejap je ni....tgk n3 ni pjg giler x sempat nak baca habis....ptg nnti sambung semula...:D

Messy Mummy said...

Terima kasih berkongsi ilmu. Isu yang agak menarik untuk dibincangkan... teruskan :)

ZuNas77 said...

Ya Rabbi panjangnya entry...berpinar mata i..hehe

dieya said...

akmal,
hahaha.. sekali sekala bikin hot topic eh ;-)

k lieya,
u r back!!! miss u!!!
amacam, banyak ole2 dari padang besar?
no prob, take your time. see u later!

mm,
no prob at all. the credit goes to him laa, i kopi dan pasta je :-D

zu,
buat stok baca dua tiga hari eh.. hehehe

Kak Nora said...

Betul-betul talkative Tuesday.Bijak penulis menurunkan hujjah, So dieya???

dieya said...

aunty nora,
so.. aunty nak organise treasure hunt ke? :-p

dyanna said...

That is... the.most.longest.comments.i've.ever.read.from.one.person.

Pena Celoreng has got a point (or many points) to agree with.

Ada beberapa kawan pernah cakap:

Kawan A: Jodoh kena cari, dia takkan datang bergolek (figuratively speaking), tapi kalau ada orang jatuh tergolek depan kita dan terus kuch-kuch ho ta hai, macam lawak jugak.

Kawan B: Open your heart to accept love. She did, and she found the love of her life.

Kawan C: Accepting that Mr Perfect is not perfect, but just perfect for you.

A lot of friends, a lot of motivational pep talk. Good for the soul.

dyanna said...

rasa mcm nak pergi tengok dua tempat yg dinyatakan oleh Pena Celoreng. Tempat2 dimana Adam dan Hawa diturunkan, Yaman dan India.

Zuraida said...

hmmm...

u think ada chance boleh dapat orang lagi muda???

*cougar alert cougar alert!!!*

*grin*

dieya said...

dyanna,
concur that :-) yet it's a good read, kan?
kahkahkahhh that's super kelakar! kalau that guy jatuh tergolek depan u, masih ada harapan kah for him to sweep u off your feet lalu terus bergolek bersama-sama?
yup, a bowl of free chicken sooup for the soul!
those places indeed sound great for a visit. let's assess the safety + convenience for female travellers. if all is well, i might wanna join you!

zue,
hahaha big time babe! cougar is the way to conquer :-D

PENA CELORENG said...

Believe me, that everybody looking for perfect either man or woman. Choosy? Of-course, we hv right to choose for anything which related to our self. So don't feel guilty if somebody said you are choosy. Just answer : Of-course I do.

But remember 'DON'T BE TOO CHOOSY'. nanti melepas.

No body will get things perfecto.The 'rule of marriage; Rule No 4 - 'YOU GET SOME, YOU LOOSE SOME'.

p/s just grab it and gamble it. Only God knows apa yang akan berlaku seterusnya kerana Tuhan merahsiakan tujuh perkara dari pengetahuan kita. That is call 'life'. I did gamble it but toward the end I know I'm not a good gambler. Life is colorful macam sambutan devlali in India. Except the 'TAKDIR' dan 'BERSYUKUR'. Itulah insan dan hamba Allah.

Nazimah said...

wah!!! agree with che yah. the longest comment ever! :D
but a very good and meaningful one :)

betul, jgn choosy sgt tau, hehehe. kawan biar beribu, so berkawan lah dgn ramai org. kalau ade jodoh, sure ade yg akan terlekat di hati, auch ;">

Mamamya said...

huhhhh...b'pinau2 mata baca n3 nie tp mmg byk info n menambah ilmu di dada dlm bab 'mencari pasangan'....akak paling agree dgn statement yg last sekali....

"Pendek kata, kalau dok menunggu dan ber ego atau berlagak dengan status kita, maka kita akan macam tu lah sampai bila-bila. Memanglah jodoh di tangan Tuhan tetapi Tuhan tak akan membuahkan secara automatik. Part ini kena faham dengan jelas, jodoh kita ditentukan oleh Tuhan dengan siapa."

p/s: ole2 x byk tp akak sgt suka dgn cenderajiwa yg di bawa oleh en.suami kali ni...:D

psssstttt...akak nak organise treasure hunt...nak join x??? hehehehehehe....guwau jerk.....:D

JaJa'Z said...

my dear PENA CELORENG,firstly thanks sangat2 sebab tulis in BM! thanks GOD...entry dieya pasal lee kuan yew tu bukan tak nak baca tapi mata dah berpinar2 nak baca sambil memahami maksudnya..last2 tertanggung pembacaan entry tu..sebab tu jaja tak tercomment kat entry tu(sorry dieya,will read it one day :p)

banyak point2 menarik yang pena celoreng ketengah kan..mostly jaja 100% setuju sangat2...lelaki memerlukan wanita..dan wanita memang memerlukan lelaki..

dieya: kita berhak memilih yg terbaik..tapi apa yg terbaik tu sebenarnya telah ditentukan Allah..kita sebagai manusia biasa takkan dapat yg betul2 terbaik..kita dapat lebih kot sini, akan ada pulak kurang kot lain...sebenarnya kehidupan suami isteri memerlukan kedua2 pihak untuk saling melengkapi supaya keharmonian rumah tangga tu dapat dirasai bersama..mungkin kita lebih ttg sesuatu..suami pulak kurang tentang menda tu..tapi pasti dia ada kelebihan kat segi lain..kalau dua2 nya sama..dia tau menda tu dan kita pun tau bagi akak sama je la..

yang penting kita berbalik kepada pegangan kita..itu yang pastinya...

ish, panjang plak komen..hehhehe

dieya said...

radzi,
aye aye sir, i shall remember not to be too choosy from this point forward.
rule no. 4 eh? guess i need to dig what are no. 1 to 3.
gamble? hmm.. i think i'll start with taking calculated risks. then slowly graduate to big bets. yup, sounds like a good plan.

ct,
hahaha.. amik.. thanks for reading it till the end!
auwww.. dlm hati ada taman gitu ;-)

k lieya,
ya benar! lots to learn kan? for me and yg sekapal laa, for you buat panduan kalau ada sapa2 minta nasihat kan.
wah cenderajiwa apa tu? tayang cepat!
hahaha k lieya.. jgn la organise skrg, balik p****k nanti baru organise eh.. confirm dobby join! ngeeeee~! ^_^

k jaja,
tuh dia org dah lama hibernate sekali comment takmo kalah :-D
no prob, lagi panjang lagi bagus. baru puas hati baca, terubat rindu i kat u tau! muahs!

~jeet~ said...

nak setuju salah..x setuju salah...
one thing i believe apa yang jadi (atau tak jadi) ada hikmahnya.
if we really think that getting married is priority numero uno, then work for it.
my personal opinion, people have different priorities in life. orang boleh ckp itu semua alasan xnak kahwin, but believe me, siapa x nak ada teman nak mngadu time tension balik keje, sapa yang xnak ada teman that you'll know will be there for you thru thick and thin...semua orang nak, tipula kalau ckp xnak semua tu..
but somehow, each life has their own story, their own purposes, hanya Allah yang tahu hikmah di setiap apa yang dia dah tentukan utk kita..
ini bukan soal darjat..its a question where we put marriage in our list. not to say that i don't think that getting married is not important, it really is...

dieya said...

jeet,
absolutely, different ppl have different priorities. and i totally agree if we want something badly, we need to work hard for it. be it love, career, money.. the list goes on. and yes, semua yg berlaku ada hikmahnya. so let's take life with a stride! :-)

Anonymous said...

Dear Dieya and friends

Boleh saya kongsi cerita saya?

Few months back I never thought that I'll be married anytime soon. I was too busy with my life, my space, my things. Everything was about me and myself. But then he came along. He was not perfect.. but he's a sweetheart.

Believe it or not, he proposed to me shortly a week after we went out together and we're engaged the month after. Alhamdulillah, I'm now married to him.

When I said yes to him, bukan tangkap muat pon. He's a nice guy.. I've known him for few months as a colleague. He's not a stranger and it feels right to say yes to him.

Sounds like a fairy tale. I was not looking for love. But I never gave up on love.

You know how sebok my mom before *I don't have to elaborate kan?* the pressure, the stress.. but live the single life to the fullest. Enjoy every second of it. Because once you're married, there's no turning back!

SABAR is the key. Oh sabarnya saya.... Sgt2lah melatih kesabaran hati, perasaan, kata2, perangai, adab dan mcm2.

I was too comfortable being alone before. Having everything on my own, doing things on my own, deciding things on my own. So, bila dah hidup berteman, I had to give and take. Compromising *brought tears to me* but then.. dah hidup berteman.. kenalah sama2 bertimbang-rasa. Tak boleh selfish lagi.

That was my story. Boleh memilih, but never expect him to be perfect. There's no perfect relationship nor a perfect human being. He'll never be a perfect man or husband. So do we.

I've always keep these thoughts to myself.
Allah dah tentukan rezeki dan jodoh setiap insan. Antara cepat, lambat, byk atau sikit je. Sabar hidup sendiri, sabar hidup berteman, sabar hidup berkeluarga. Masing2 ada cabaran, dugaan tersendiri.

Semua org nak bahagia dan hidup senang. At one point I thought kahwin ni menyusahkan. But then, bila dah kahwin.. seronok pulak bila ada tempat nak bermanja. That's not my point but just to highlight pro and con la...

Anyway the key is live our life positively. Kalau rasa susah, sedih sekali pon.. think positive. Ask His guidance, InsyaAllah.. pikir yg baik2 je.. kita pon jadi happy and motivated.

I've to go now. Big hugs to you!

My Bloggie ! said...

sys ade fb x??? nak3 :) ape name dalam fb ?

dieya said...

babe,
*of course i know who you are! but since you left your comment as anonymous, i presume you wish to remain unidentified, so i won't mention your name here*

when u told me that you planned to get married, i wasn't surprised. i was SHOCKED. oh yes i was. it seemed only yesterday we rolled underneath the comforter in that cozy hotel apartment.. we talked about men, hopes, dreams and all.. we tried to figure out how life would be.. then suddenly *poof* u found him or he found you and you were all set to take the plunge!

it did sound like fairy tale. if the bride was anyone else, i would have bet it was tangkap muat. but the bride was you, my friend for so many years, one of the closest that i have. i know you well enough to be sure that you made the right decision by saying yes to him. we were on the same page for so long, to see you moving to a new chapter in your life was bittersweet. but i'm very happy that you did! it gave me hope that miracles like that do happen. like you said, rezeki masing2 and fikir yang baik2 saja. and yes, sabar, need to remind myself time and again to practise that.

owh how i miss you, big time! we may not be rolling underneath the comforter, but to have you here talking about this surely feels like old times. big hugs to you too, always!



isma,
of course dear. i'll add u kejap lagi okay :-)

ahkakbatik said...

good entry dieya dn pena celoreng... kaktek sempat scan je sebab takleh concentrate dgn abg long masuk hospital... dh tenang nanti baca lagi..

Maya Marisa said...

kak tek - wat hapen la to abg long?? update kat blog wokeh

dieya & radzi aka pena celoreng,
this is awesome. healthy argument. i like it. very opinionated but yet, pack with facts and not merely passing remarks.

like i said before, allah tu jadikan kita manusia berpasangan. just like the jigsaw puzzle.
u just hv to keep looking for the one that completes you. be adventurous. key thing is opposite attract. that's why in marriage, compromisation is the numero uno. break the biggest firewall - our own alter ego.

i was involved in the syariah court project once. we were being contracted to implement the syariah court management system. i dealt with the syariah court judges a lot, including the registrar & the pegawai sulh. the latter nie actually marriage counselor. they told me that during counseling session, it was always full of emotion rather than solving it intellectually. biasa la, bila sayang, semua nyer sanggup berkorban, melepaskan hak la and etc. tapi bila problemo occur, time nak tu la nak tuntut cerai la, the back-dated all the nafkah (padahal sebelum nie tak pernah mintak pun), tu belum harta sepencarian la, anakX2 la and etc.

i teringat ustaz i pernah cakap, manusia nie mmg leka. ugama akan disentuh bila terjadi nya 2 perkara - perkahwinan & kematian. the message from his is simple. dlm quran tu ada berlian utk kaum hawa - surah an-nisa. read it, digest it and understand it for it contain comprehensive info on marriage :P

dieya said...

kaktek,
thanks! omg what happened to abg long? nanti dieya terjah blog kaktek.


kak pah maya,
thanks! your syariah court story reminds me of agama class during student days, the ustaz said he kept a small book of whatever assets he and his wife jointly bought, even as small as sofa or tv. he would write down how much he paid and she paid. because he said if anything happen, tak payah gaduh2, all had been recorded. sounds paranoid, but considering what you heard from pegawai syariah, i guess he had a point.

PENA CELORENG said...

So interesting to read those opinion. It shows, Dieya fans are profesional, inteligencia, logically sound and a bit of 'cubit-cubit'.

Tak ingin di kenali: Tahniah, tahniah, tahniah. Don't regret, take it as are challenge.

p/s For the 'whos' interest in 'treasure hunt':

1.Don't put so much bet on yr choosing gamble.
2. Impossible to win for the first time, usually we will win after a few lost.
3. Dont involved in 'life betting'.

dieya said...

radzi,
well, i'm blessed to have such wonderful friends :-)
and thanks for the advice!

JaJa'Z said...

ure most welcome dear..eh, akak termasuk ke ke? hahahhahah :p

ije said...

U.. I bace nie thru BB aje sambil susukan Ummar atas katil hospital.. Nak share ur entry ni dgn 2 untie I yg belum kawin tu yea.. Hehe and as I I always said to you.. Perkahwinan adalah satu perjudian..

dieya said...

k jaja,
confirm masuk! kalau tak masuk gak.. sila laa masukkan diri sendir yek :-p

liza,
omg what happen? umar tak sihat? ke u tak sihat? get well soon okay!
no prob, go ahead. yeah, i remember u said "gamble and redah je laa" ;-)

PENA CELORENG said...

gamble tak menbawa konotasi redah je. Nak gamble pun kena choose 'game'. Nal main kuda ke? nak main tikam ke? atau yang jenis masuk-masuk, tarik, pas tu keluarlah kling kling kling - kaya.

Redah tu bila dah parah sangat sakitnya atau bila dah gamble pun tak menang-menang.

p/s kalau nak redah je cam tu, pi la tangkap 'BANG LA' mana-mana kat kws pembinaan. Mesti dia 'histeria takat 7' punya. Best pe, dada bulu, hidung tinggi, pitis bilinior.

Kia ha leeee la plakkk.

he he he. Jgn marah beb, nak cubit sikit.

dieya said...

radzi,
looks like ada org nak kena baling ngan kasut 5 inci nih :-p
in liza's case, it was a successful gamble, 2 kids already. but in a million people, boleh kira ngan jari laa kan how many get to win jackpot like her.
dari bang la, baik bang lombok.. muka mcm ari wibowo, suara macam glenn fredly. my aunty punya maid dulu suara mcm hetty koes endang. bila dodoi baby kitorg pakat duduk dpn buaian tengok dia buat konsert.

JaJa'Z said...

hahaha..giler lawan statment radzi..bag la lombok...hahha...

PENA CELORENG said...

Lombok, mempunyai sejarah panjang dgn kita. Kisah melarikan anak dara, bukan isu baru dan tak sepatutnya jadi isu. Mungkin ramai yg tak tahu, hang tuah melarikan tun teja dari lombok. Lombok terkenal dgn ilmu pengasih melayu. Dari ilmu pemikat seribu, kun fa yakun, hinggalah ke 'adik turun ke pantai'. Hang tuah ada mempelajarinya. Kita dan lombok bersaudara dan sgt dekat. Kalau ingat sejarah pulau Bentan, itulah lombok. Kalau ingat pantun 'pulau pandan jauh ke tengah' , itulah lombok. Gunung daik bercabang tiga. Gunung daik ada di lombok. Dlm kembara sy mencari Pulau Pandan dan Gunung Daik, su sampai di lombok. Semua melayu kat c tu. Gunug daik telah runtuh satu cabang, kini hanya tinggal dua cabang.

P/s nanti sy cari gambar yg diambil sekitar tahun 86, gbr pulau pandan n gunung daik. Panjang cite ni, kalau nak storykan.

~jeet~ said...

kelakar pulak bila dah masuk bab lombok.. off late i am really crazy about sinetron (i mean rreeeaaaalllyyyy crazy)
sampai when my mum tegur, i ckp nak prepare carik boifren lombok..mengucap panjang mak i...hehehehe...(anak dia x bole pakai sikit..)
tapi kalau dapat macam dude harlino, apa salahnya sih? ;p

dieya said...

k jaja,
okay apa, menjana perbincangan yg sihat :-D
tengok tu dia nak gi korek gambar lombok dah.. sama2 kita nantikan kemunculannya!

radzi,
tun teja dari lombok? biar betul! kira terer laa hang tuah kan, coz walaupun org lombok pandai ilmu pengasih, dapat jugak dia larikan tun teja. mentera semerah padi.
is lombok as bad as ppl say in newspapers? do share the pics and the story!

jeet,
hahahahaha nasib baik ur mum tak pengsan! eh u wanted dvd sinetron apa hari tu? nnt i tanyakan my indon classmate if he can get it for u.
ishhh.. sapa pulak harlino nih..

PENA CELORENG said...

Dulu tak panggil Lombok, is dikenali dengan Pulau Bentan (bukan bintan). Cite sejarah ni, kalau tulis kang ada yang lelap.Dalam satu catatan sejarah, ada mengatakan bahawa Hang Tuah di lahirkan di Pulau Bentan dan dibesarkan di Kg Duyong.Kalau tak ingat juga Pulau Bentan dalam cite Hang Tuah, ingat tak nama tempat MATARAM?. Kalau ingat, Mataram tu terletak kat Lombok. Dalam banyak-banyak buku sejarah termasuk Sri Lanang, ia juga di kenali sebagai Pulau Inderaloka atau Pulau Kayangan. Dulu-dulu di sini banyak perkara mistik. Ia termasuk dalam wilayah Majapahit. Majapahit, wilayahnya sgt besar iaitu bermula Sumatera hinggalah ke New Guinea.

p/s 1. sapa-apa yang ingin merasa satu perjalanan merentasi enam buah pulau, larilah dengan'bang lombok'. Dari Pengerang ke Palembang, ke jakarta, ke Denpasar dan baru sampai di Lombok.

2. Jgn bersentuhan atau makan apa-apa barang yang diberikan oleh jejaka Lombok kerana anda akan terkena sama ada 'adik trun ke pantai ataupun 'kun fa ya kun'. Sekali makan, walaupun sebiji gula-gula, - buang emak, buang saudara, bang lombok juga ku cari jua.

3. Ubatnya atau pendinding hanya satu sahaja iaitu.....bersambung

dieya said...

radzi,
ooo.. lombok = bentan rupanya. ada laa baca dulu2 dlm textbook sejarah. patut laa ramai girls lari ngan bang lombok, rupanya diorg nak gi buat island hopping adventure.
omg gula2 pun boleh guna buat black magic? scary!
eeeiii.. suka laa buat citer sambung2 ala telenovela.. sambung cepat ok!