tergolek dog

for the past few weeks, ada bangkai seekor anjing mati kaler hitam tergolek dekat tepi highway dkt divider sebelah right lane, on the way from ara damansara towards federal highway. setiap hari balik kerja aku usha anjing tu. kesian dia, takde sapa nak alihkan. mula2 bangkai tu lengkap. sejak minggu ni dah takde kepala. rasanya majlis perbandaran pun tak sanggup nak alihkan, kalau diorg nak alih, dah lama diorg alih.. takyah tunggu hilang kepala baru nak alih yer tak?

then on the way to work semalam nampak satu lg bangkai anjing. kali ni dkt federal highway pulak. sama jugak dekat divider sebelah right lane. lokasi dekat2 dengan area yg ader samsung, mazda dan segala macam showroom kereta tu. senang kata dekat2 dengan billboard brands innershine prune extract yg terpampang muka camelia. anjing ni kaler putih/beige. biasa kat federal higway right lane org speeding, tapi semlm traffic was quite bz, so sempat laa usha2 kiri kanan. tuh nampak bangkai anjing tu. masih cukup sifat.

pagi ni ingat nak pandang2 apa jadi ngan anjing putih. tapi traffic on federal highway was clear. so dah terlaju sgt terlupa nak pandang kat tempat aku nampak anjing tu semlm. hopefully someone alihkan, jgn jadik satu lagi kubur tak bernisan pulaksss.. macam laa selama nih kubur anjing ader nisan.. hehhehehe

habis kisah anjing.. masuk kisah makan

hari ni kat ofis ada jamuan tengahari. sejak masuk company nih dok berjamu saja. pemurah sungguh org2 sini suka bagi org makan free. jamuan ni sempena boss kami dah semakin pulih dari sakit low blood pressure nya. alhamdulillah. boss mmg kuat kerja orgnya. she's small at size, but big at heart and courage. now she's getting better, she's sponsoring us lunch. menu nya.. tak agak2 weh..
Nasi putih Ikan bakar (Pari & Kembong)
Gulai nangka dengan ayam
Goreng ayam berempah
Kerabu mangga
Sambal tumis udang
Ulam2 dan sambal belacan
Tart buah2an
Jus Limau nipis
(thanx to kak lela secretary berwibawa yg telah letak menu skali dgn outlook invitation utk jamuan ini so aku cuma copy n paste jek)

sambil aku menaip ni, food sedang tiba sikit demi sikit as it's almost lunch time. boleh bau kesedapannya dari sini. my outlook pun dah keluar popup reminder for the jamuan. cuma nak tunggu semuanya siap sedia supaya kami semua boleh makan. owh, kena juga tunggu ustaz jemputan dtg baca doa selamat.

tima kasih boss! moga kekal sihat dan panjang umur!

No comments: